mggu ni aku check list utk complete kan borg permohonan kahwin.. pastu dlm list kena ada surat pengesahan status diri drpd majikan.. so aku pun email ke HR mntk surat tu..
pas click send button je, dlm 5 min HR call aku.. dia mintak detail psl surat tu.. dah la aku pun tatau sgt.. dia kata leh kuarkan confirmation letter utk keje kat situ je.. lain2 dia x penah buat.. dia kata hanya kita je yg bleh tau kita ni dah kawin ke blum.. huhuh.. ye tak ye jgk.. masa isi form mntk keje kan kita yg tulis marital status kita sendiri kan? haha.. logic gak alasan tu.. so dia soh aku double confirm blk..
dlm 5 min aku pk, aku terus call pejabat agama Melaka.. aku gtau aa kat org tu yg company aku xpenah tulis surat pengesahan mcm tu, org tu gelakkan plak.. ish.. kuang asam betul.. bkn sume negeri kena ada surat tu kan.. tp redha je la.. huhuh.. so dia bg la explanation cket.. bla bla bla..
then aku call HR blk.. aku terang la lebih kurang tp dia diam jap pastu mcm mengeluh.. so aku bg la idea yg aku tulis surat tu dlm BM & attach kat dia.. dia just print on letter head with company stamp.. terus dia kata GOOD.. nmpk nau mmg soh aku buatkan.. haha.. tp xpe, aku jumpa contoh surat rasmi tu kat pakcik google.. lebih specific lg kat
syokkahwin.com..
akhirnya, pencarian ku selesai.. aku edit & terus reply email to HR.. tggu je HR call utk amik surat tu..
Rujukan:
ni contoh surat pengesahan status diri drpd majikan kpd sape2 yg memerlukan..
Tarikh : 8hb November 1981
Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah
Bahagian Undang-Undang Syariah,
Aras Bawah, Imarah B,
Kompleks MAIM, Bukit Palah,
75150 Melaka.
Tuan/Puan,
PER : SURAT AKUAN BUJANG
Adalah dengan ini diakui bahawasanya ___Nama Penuh___ (No. kad pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx), adalah seorang pekerja di syarikat ini dan mengikut rekod syarikat kami, ___Nama Penuh___ adalah masih bujang dan belum pernah berkahwin.
Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
NAMA
Nama Majikan dan cop syarikat
p/s : surat ni taip sendiri tau kat blog ni bkn copy paste.. khas utk rakan2 yg memerlukan.. huhu.. enjoy your future life..