Followers

Ads-to-click

Thursday, May 03, 2012

Pavlova with love ~

malas nk citer.. just nk gtau hari ni wat pavlova ngn jun, shah and yana (half way je).. ekeke..

resepi from google search and pinjam dr blog kak ita ni serta diubah suai sedikit..

tercacak buah2annye..


Bahan2 asas:
  • 4 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan

Bahan2 hiasan:
  • 250ml whipping cream
  • 1 sudu besar gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Buah2an yg masam2 spt strawberry, kiwi, markisa, anggur hijau atau segala berry2 dsb. (Buah2an masam nk neutralize antara manis meringue + cream tu je)

Cara2:
  1. Panaskan oven 180 darjah C.
  2. Sediakn baking paper dah lukis bentuk bulatan agak dlm 8 inc diameter (saya guna A4 paper yg bersih je).
  3. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  4. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental atau bertanduk dan berkilat. Pastikan bila geselkn adunan guna jari, tiada lg ketulan gula utk hasil meringue yg bagus.
  5. Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm cawan. Kacau rata hingga semua bahan larut.
  6. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
  7. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi, ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Org kata biar bulatan tu ada tebing supaya senang nk sapu whipping cream tu nnt.
  8. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 100 - 140 darjah C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
  9. Dah masak, tutup suis oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.
meringue before baked.. see, ada tebing x? ekeke..
Untuk hiasan:
  1. Putar whipping cream smpai ringan. Jgn risau sekiranye smpai masa dimana keluar cecair mcm susu masa putar, teruskan lg perjuangan anda smpai dia jd gebu.
  2. Masukkn gula icing dan esen vanila. Pukul rata dan sebati.
  3. Sapukan cream atas meringue dan susun aturlah buahan2 kegemaran.
last piece.. thanks 2 encik hubby sbb tlg amik gmbar closed up ni.. hehe..

p/s: Thanks to Junaidah and Shahirah because stay until late night to deliver our first PAVLOVA project.. hahaha..

Notes: Second pavlova nk try tukar gula castor dgn icing sugar supaya lg sebati ngn putih telur.. And may be nk kurangkan gula either kat meringue or whipping cream..

Monday, April 09, 2012

Ikan malong masak lemak cili padi

Assalamualaikum..

penah dgr ikan malong x? mcm ni ikan dia (amik kat google search sbb x sempat amik gmbr masa beli hr tu)..
begini la rupanye.. seram x? hahahaha
jarang org mkn ikan ni tp aku suka sgt kalo mak aku masak sbb isi dia lain drpd ikan2 yg lain.. dua menu je mak aku penah masak utk ikan ni.. 1st, masak lemak cili padi n 2nd asam pedas.. so hr ni just nk share kalo sape2 nk try rasa isi ikan ni.. kalo seram tgk kepala dia, mkn isi je la.. kdg2 ada jumpa gak kat pasar mlm Kulim nieh tp sekor 2 je.. soh org tu potong terus ikan ni, buang kepala skali..

Bahan2:
  • beberapa potong isi ikan malong (dlm 4-5 ketul)
  • 1 cwn pati santan (kalo guna yg kotak la)
  • 2 keping asam keping
  • 2 cwn bancuh dgn 1 lg cwn pati santan (ikut kepekatan kuah masing2)
  • minyak utk menumis
  • garam secukup rasa
 Dihiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci hali
  • cili padi (pun ikut suka nk pedas cemana)

Cara2:
  1. Panggang ikan hingga separuh masak. Kalo nk sedap panggang atas bara api tp kalo umah taman mcm kami ni, panggang atas non-stick tanpa minyak la ye. Kalo xnak melekat, tambah minyak cket je.
  2. Dalam periuk lain, tumis bawang putih n halia hingga kuning keemasan. Kemudian masukkn bawang merah n cili padi, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan ikan dan air + santan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula asam keping dan garam secukup rasa. Kacau.
  5. Last skali masukkn pati santan dan biarkan mendidih seketika. Tutup api bila ikan dah masak n sedia utk dihidang.
 share pic cket..
lemak putih cili padi..
mkn bersama sayur berasaskan kimchi cikatun..
 selamat menjamu selera..

p/s: rindu masakan mak.. ekeke..

Friday, April 06, 2012

My first time doughnut OoOoO

give me mood to write here.. hahahahaha..

mlm smlm off jap buat keje sbb hubby nk borrow lappy.. kwang2.. so smpai umah, belek2 buku masakan lama2 tu.. sbnrnye byk plan nk buat resepi itu, resepi ini.. yg xde, TIME! TIME! TIME!

since smlm beli terap donut, means plan nk buat donut la kan.. haha.. tgk buku, surf internet nk cari resepi paling senang & mudah.. last2 tgk blog sorg kakak ni, dia buat guna BM.. i think that's simple enough.. haha.. just to share her recipe here..

Bahan2:
  • 500g tepung roti
  • 100g gula
  • 1 tsp instant yeast
  • 4 biji kuning telur
  • 200 ml air
  • 100g majerin/butter (aku guna buttercup tp hubby kata lemak sgt, may be pasni nk kurangkan cket)
  • 1 tsp garam

Untuk hiasan leh la cairkan coklat masakan + cket butter atau taburkan kepingan almond or choc rice. Aku guna icing sugar je sbb tu yg sempat tabur pg td.. hahaha..

Cara2:
  1. Ayak tepung2 ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan yis, gaul rata dan masukkan gula, garam, kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  2. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  3. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  5. Kempiskan doh, canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm.
  6. Rehat doh semula 20 minit.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Biar sejuk.
  8. Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera.

Kalo guna BM:
Masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Rehatkan doh selama 10-15 minit. Doh siap untuk digoreng.

my Tefal Bread Maker..
zoom cket..
menu dlm BM.. request by Jun.. hehe
my first donut.. muahaha
nk tepek jgk gmbr roti manis kurma ni walaupun dah lama buat.. haha

 p/s: so, ape lg Jun? xmau try ke? hehehe..

Thursday, February 23, 2012

len kali jgn minum + mkn berdiri..

LARANGAN MINUM BERDIRI

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

عن أنس وقتادة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم ” أنه نهى أن يشرب الرجل قائماً قال قتادة : فقلنا فالأكل ؟ فقال : ذاك أشر و أخبث

Dari Anas dan Qatadah radhiallaahu ‘anhuma, dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam :
“Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri”.
Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?”beliau menjawab: “Itu lebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Turmidzi)

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur..
dapat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan..
dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.

3. Minum segelas air sebelum mandi..
dapat menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sebelum tidur..
dapat mencegah stroke + serangan jantung.


Wednesday, February 15, 2012

Oreo Cheese Cake for fun!

hari ni nk share buat Oreo cheese cake yg simple tanpa bake.. bekukan dlm peti ais je.. sblm2 ni bila aku baca, dengar, tgk org masak cake tanpa bake, aku rasa xsedap ati plak.. tp hr ni dah try buat tanpa bake, ok jgk.. just make sure peralatan yg digunakan tu betul2 bersih lagi murni.. ekeke

since sharing is caring, let me share the receipe (actually, take from my cooking book.. hehehe)..

Bahan2 biskut:
200gm biskut Oreo (asingkan krim ngn biskut + biskut dikisar)
70gm mentega - dicairkan

Bahan2 kek:
250gm cream cheese
250gm whipping cream
80gm gula kastor
60ml air
15gm gelatin halal
3keping biskut Oreo - diramas kasar
Cream biskut Oreo yg diasingkan td

Cara2:
  1. Sediakan tin bulat 7" jenis 'loose tin' yg bleh dibuka di bawahnya.
  2. Biskut: Tuangkan mentega ke dlm serbuk biskut Oreo dan digaul rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat. Sejukkn dlm peti ais selama 30min.
  3. Kek: Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. Simpan dlm peti sejuk sebentar.
  4. Dlm bekas lain, pukul cream cheese + cream biskut Oreo dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
  5. Panaskan gelatin dlm adunan keju dan dipukul sebati. Masukkn whipping cream yg dah dipukul td dan pkul jap je.
  6. Masukkn biskut Oreo yg dah diramas td ke dlm adunan dan gaul rata.
  7. Tuangkn atas lapisan biskut Oreo yg dah keras td.
  8. Simpan dlm peti sejuk selama 5 jam atau hingga ia keras.
1 per 8 telah selamat dimakan..

lewat mlm xleh mkn byk2.. rasa je..