Followers

Ads-to-click

Wednesday, February 15, 2012

Oreo Cheese Cake for fun!

hari ni nk share buat Oreo cheese cake yg simple tanpa bake.. bekukan dlm peti ais je.. sblm2 ni bila aku baca, dengar, tgk org masak cake tanpa bake, aku rasa xsedap ati plak.. tp hr ni dah try buat tanpa bake, ok jgk.. just make sure peralatan yg digunakan tu betul2 bersih lagi murni.. ekeke

since sharing is caring, let me share the receipe (actually, take from my cooking book.. hehehe)..

Bahan2 biskut:
200gm biskut Oreo (asingkan krim ngn biskut + biskut dikisar)
70gm mentega - dicairkan

Bahan2 kek:
250gm cream cheese
250gm whipping cream
80gm gula kastor
60ml air
15gm gelatin halal
3keping biskut Oreo - diramas kasar
Cream biskut Oreo yg diasingkan td

Cara2:
  1. Sediakan tin bulat 7" jenis 'loose tin' yg bleh dibuka di bawahnya.
  2. Biskut: Tuangkan mentega ke dlm serbuk biskut Oreo dan digaul rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat. Sejukkn dlm peti ais selama 30min.
  3. Kek: Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. Simpan dlm peti sejuk sebentar.
  4. Dlm bekas lain, pukul cream cheese + cream biskut Oreo dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
  5. Panaskan gelatin dlm adunan keju dan dipukul sebati. Masukkn whipping cream yg dah dipukul td dan pkul jap je.
  6. Masukkn biskut Oreo yg dah diramas td ke dlm adunan dan gaul rata.
  7. Tuangkn atas lapisan biskut Oreo yg dah keras td.
  8. Simpan dlm peti sejuk selama 5 jam atau hingga ia keras.
1 per 8 telah selamat dimakan..

lewat mlm xleh mkn byk2.. rasa je..

3 comments:

m@ri@ said...

muak x kak?ritu member try buat dia kata muak..tp xsure resepi lain kot..

eLy said...

ntah la.. nk kata muak tu kalo mkn byk kot.. sbb fully cream.. tp member akak kata x muak.. lain org lain rasa kot.. kalo nk try, buat la separuh adunan je..

curigelap said...

nak try meh je datang kulim... muahaha