Followers

Ads-to-click

Thursday, May 03, 2012

Pavlova with love ~

malas nk citer.. just nk gtau hari ni wat pavlova ngn jun, shah and yana (half way je).. ekeke..

resepi from google search and pinjam dr blog kak ita ni serta diubah suai sedikit..

tercacak buah2annye..


Bahan2 asas:
  • 4 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan

Bahan2 hiasan:
  • 250ml whipping cream
  • 1 sudu besar gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Buah2an yg masam2 spt strawberry, kiwi, markisa, anggur hijau atau segala berry2 dsb. (Buah2an masam nk neutralize antara manis meringue + cream tu je)

Cara2:
  1. Panaskan oven 180 darjah C.
  2. Sediakn baking paper dah lukis bentuk bulatan agak dlm 8 inc diameter (saya guna A4 paper yg bersih je).
  3. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  4. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental atau bertanduk dan berkilat. Pastikan bila geselkn adunan guna jari, tiada lg ketulan gula utk hasil meringue yg bagus.
  5. Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm cawan. Kacau rata hingga semua bahan larut.
  6. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
  7. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi, ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Org kata biar bulatan tu ada tebing supaya senang nk sapu whipping cream tu nnt.
  8. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 100 - 140 darjah C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
  9. Dah masak, tutup suis oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.
meringue before baked.. see, ada tebing x? ekeke..
Untuk hiasan:
  1. Putar whipping cream smpai ringan. Jgn risau sekiranye smpai masa dimana keluar cecair mcm susu masa putar, teruskan lg perjuangan anda smpai dia jd gebu.
  2. Masukkn gula icing dan esen vanila. Pukul rata dan sebati.
  3. Sapukan cream atas meringue dan susun aturlah buahan2 kegemaran.
last piece.. thanks 2 encik hubby sbb tlg amik gmbar closed up ni.. hehe..

p/s: Thanks to Junaidah and Shahirah because stay until late night to deliver our first PAVLOVA project.. hahaha..

Notes: Second pavlova nk try tukar gula castor dgn icing sugar supaya lg sebati ngn putih telur.. And may be nk kurangkan gula either kat meringue or whipping cream..

2 comments:

Maria Rajab said...

wow/....maria dok nk buat nk buat tak buat2 lg..bhn2 ada tp mixer xdak..bhaha..

eLy said...

mixer tu penting maria..