Followers

Ads-to-click

Showing posts with label good info. Show all posts
Showing posts with label good info. Show all posts

Sunday, February 08, 2015

Duit Umpama Bayam

Assalamualaikum and good afternoon......

This weekend as usual memerap kat rumah.. so beraktiviti di rumah je.. sape kata boring dok umah? haha.. byk xtvt leh buat kat rumah ni.. memasak, mengemas, membasuh, melipat, mengelap, menyapu dan bla bla bla.. since Sabtu x masak sbb xde bhn asas, hari ni masak habis2an..

pagi2 dah g pasar beli ikan dan sayur.. pk2 nk masak sup ikan utk mertua, asam pedas utk aku n sayur utk hubby.. hahaha..  pusing2 pasar 2,3 kali, dpt la hasil menjala.. jom blk umah masak..

baca tajuk mcm xde kena mengena je ngn citer2 kat atas ni kan? haha.. sbnrnye masa potong sayur which is sayur bayam yg byk tu, tiba2 terfikir something.. "Duit Umpama Bayam".. sbb bayam tu byk sgt n boring dok lama sambil potong bayam.. haha.. so just nk relate duit ngn bayam.. bayam tu kan byk, nk potong tu amik la masa.. nk potong ikut helai2 daun.. pastu btg dia yg tebal tu nk kena belah2 lg.. pastu bila dah siap masak, sayur yg byk tu jd cket je.. dari sekuali jd semangkuk je.. skali ngap abis dah masuk perut.. keke.. means nk cari duit kan amik masa, kena usaha.. tp bila nk abiskan, sekelip mata je kan.. haha.. relate x? relate x? haha.. ape2 je la..

see.. tinggal cket je bayam ni.. haha..
ikan merah masak sup.. resepi dah share sblm ni..
hari ni ada asam pedas ikan sembilang sbb tgk ikan tu kat pasar mcm menarik je.. lgpun dah lama x masak asam pedas.. nk bg tips cket uruskan ikan sembilang smpai jd lauk.. ikan sembilang yg beli kat pasar td dah dibersihkan, duri/sengat pun dah dibuang.. so blk umah just basuh dgn asam + garam kasar + ofcoz air.. jgn lupa celah2 insang skali.. sbnrnye utk hilangkan lendir dan buang bau hanyir..

settle cuci, leh start tumis menumis utk asam pedas.. resepi asam pedas pun dah penah share sblm ni.. just utk bahan tumis tu (lada kering + bwg merah + bwg putih + halia + kunyit + belacan ) tambahkan serbuk 2 tsp jintan manis + 1 tsp jintan putih.. sblm tu leh tumiskan halba sblm masukkn bhn2 blend.. last skali, kalo ada daun limau purut, leh masukkn skali.. baru umph.. (ni pun call mak sblm masak.. keke)
Ni la ikan sembilangnye, x sempat amik gambar yg proper..
sempat capture before eat.. haha
Related recipe:


Enjoy!!!

Saturday, January 31, 2015

Mengumpat dan Riak

Pagi2 ni berkesempatan dgr Kalau Dah Jodoh dr Ustaz Kazim Elias. Sambil gelak2 dgr ceramah dia, seronok jgk share apa yg sy dgr..

Mengumpat
Mengumpat ni kita dah tau ianya haram, berdosa. Ada situasi yg dibenarkan mengumpat sebenarnye.

  1. Di pejabat khadi - kalo nk mengadu keburukan suami dlm menuntut hak isteri cthnye suami si kaki pukul or sbgnye.
  2. Di balai polis - mengadu ape yg kita nmpk atau apa keburukan yg org lakukan kat kita.
  3. Seseorang yg Allah umpat di dalam Al-Quran cthnye Abu Lahab yg disebut dalam surah Al-Masad.
  4. Sebagai peringatan - menceritakan sesuatu peristiwa buruk yg berlaku utk dijadikan nasihat/tauladan. cth yg mudah: "Adik2 nmpk x kemalangan yg berlaku ke atas si polan tu? Sbb apa dia kemalangan? sbb dia mabuk. Jd kita diharamkan minum arak sbb membahayakan nyawa."
  5. Di mahkamah - dibenarkan mengumpat untuk menjadi saksi atau membantu siasatan.

Riak
Sekiranya kita ada sekelumit rs riak, kita xkan dpt cium bau syurga. So ni antara cara kita leh guna utk mengelakkan sifat riak.

  1. Bwk la bergurau, "Ya Allah, anak aku ni beli Ferrari plak. Aku dah kata xpyh. Jln kat kg ni dah la kecik, nnt bercalar lak keta tu." Pastu makcik2 jwb la, "iye ke? anak sy beli helikopter je. Skrg xtau nk mendarat kat mana." Hehehehehe.......
  2. Fikirlah kalo kita cantik, ada org lg cantik. Kalo kita kaya, ada org lg kaya. Kalo kita pandai, ada org lg pandai. Kalo kita dah berjaya, ada org lg berjaya dr kita. So, beringatlah dan sentiasa rendah diri.
ok, smpai sini saje.. :) segala yg baik adalah drpd Allah, dan yg buruk dr sy sendiri.. sekian.. time to cook.. hehe

Thursday, February 23, 2012

len kali jgn minum + mkn berdiri..

LARANGAN MINUM BERDIRI

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

عن أنس وقتادة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم ” أنه نهى أن يشرب الرجل قائماً قال قتادة : فقلنا فالأكل ؟ فقال : ذاك أشر و أخبث

Dari Anas dan Qatadah radhiallaahu ‘anhuma, dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam :
“Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri”.
Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?”beliau menjawab: “Itu lebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Turmidzi)

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur..
dapat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan..
dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.

3. Minum segelas air sebelum mandi..
dapat menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sebelum tidur..
dapat mencegah stroke + serangan jantung.


Friday, January 06, 2012

As my Reminder ~

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



Note: copy from fb sharing..

Friday, December 23, 2011

IUI - Intra Uterine Insemination

Apa itu IUI?

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus ke dalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan.

Bagaimana IUI dibuat?

IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk dibuat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

 
Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan di rumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat di klinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?

Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas ovulasi?

Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama. Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?

Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan ke dalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah. Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?

Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?

IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi, risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?

Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan. 

Reference:
http://www.metro.com.my/bm/iui.php

Notes: But I don't think I'm ready to do this.. huhuhu

Sharing some Doa ~ remind myself

Al-Fatihah - 1x
Al-Ikhlas - 11x

Allah humma ya Allah..
Ya Allah.. Tunaikanlah hajatku ini..
Kau hadiahkanlah pahala dan kebajikan Fatihah dan surah Al-Ikhlas ini kepada baginda Rasulullah s.a.w, kaum keluarga, dan sahabat baginda..
Juga kepada arwah (sebutkan nama ibu, bapa, datuk, nenek, adik beradik), kaum keluargaku, para ulamak dan tok-tok guru, para shuhada dan ambiya' serta kaum muslimin dan muslimat..

Amin ya rabbal'alamin..

Tuesday, November 02, 2010

Isteri2 dan Ibu2 Sentiasa Dara

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Saturday, October 23, 2010

Diam


Pada saatnya kita harus pandai dan banyak bicara. Suatu ketika  kita harus sedikit bicara. Suatu waktu kita harus hati-hati bicara, dan di lain waktu kita harus diam.
Diam, kata Rasulullah SAW adalah pilihan terbaik dikala kita tak mampu lagi mengatakan kebaikan. Dalam sebuah haditsnya riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda,
    ”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam…”

Thursday, September 30, 2010

Ceramah kat Youtube

lately aku suka dengar ceramah drpd Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz aka Ustaz Kazim.. sejak bln posa lg aku start dgr.. mula2 dr video yg member2 share kat facebook, pastu mcm best je aku cari la kat youtube.. huhu.. ada ceramah full ustaz tu tp dia buat part by part la.. antara ceramah yg aku dah dgr; Seronoknya Berkahwin, Hubungan Suami Isteri, Lelaki Dayus, Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami, Warna Hati Remaja, dan otw nk dgr ni bertajuk Aurat Wanita.. tapi byk lg ceramah dia yg leh dengar.. x jemu sbb cara penyampaian dia tu selamba tp byk info leh dpt.. at least kalo dgr ceramah ni aku bleh cuci la hati aku ni cket.. huhu..

Thursday, May 06, 2010

.. pantang larang ..

skrg aku dlm pantang selama 44 hari.. tu utk pantang 1st stage.. pantang 2nd stage plak selama 3bln.. waduh waduh waduh.. agak lama jgk la.. haha.. tp xpela, utk kebaikan masa dtg.. tamo la dah tua2 nnt, urat2 bengkak, sendi2 lenguh.. ye tak.. ish ish ish..

utk pantang yg 44 hari tu;
  • xleh minum ais
sedapnye jus tembikai nieh.. slurrpp.. sygnye xleh minum lg.. uwaa
  • bleh mkn sayur sawi ngn kailan je, ulam2 pun kena tgk pokok ape
  • better mkn daun mengkudu rebus sbb bleh panaskan badan
x pahit sgt pun.. try la.. best woo..
  • mandi air panas
  • jgn angkat benda2 berat & xleh aktif sgt
  • xleh mkn ikan berduri, better ikan haruan tp leh je mkn ikan selar, ikan parang, ikan siakap, means ikan yg besar2 & mahal2 je (tp kena tgk gak jenis ikan tu)
  • ayam ngn daging bleh mkn
  • lum bleh mkn sambal2 lg tp kalo masakan yg ada lada hitam xpe
  • kena byk baring & rehat sbb kalo dok lama2 leh sakit pinggang, jln pun xleh lama2 nnt lenguh kaki
  • jgn mkn benda2 sejuk
  • xleh main air lama2
  • disarankn pakai stokin slalu utk elak angin masuk tapak kaki
  • dlm 2 mggu ni x digalakkn pakai seluar takut nnt aktif bergerak plak
  • seafood lg xbleh takut gatai2
  • sebarang telur xleh mkn takut nnt menanah dlm prut; telur ayam, telur itik, telur puyuh ngak buleh dong
emm.. ape lg ek.. x igt wat masa skrg.. nnt bila ingatan dah kembali, akan ku sambung pantangan ini.. ekeke.. adious.. nk rehat jap..