Bahan2:
UNTUK KEK
6 biji telur ayam (2 biji telur dibuang putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong/ tepung blue key superfine/ tepung gandum pun boleh
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanila (x letak pun xpe)
UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (atau 250gm cream cheese)
1/2 tin susu pekat manis
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparutkan)
Cara2:
- Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
- Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
- Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
- Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
- Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
- Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
- Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
- Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
- Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Hasilnye..... |
zoom out cket.. |
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment