Followers

Ads-to-click

Monday, September 09, 2013

Puding Roti dan Kuah Kastad

Resepi by my officemate, Tqa

Bahan2:
6-7 keping roti
500ml fresh milk (separuh utk rendam roti + balance utk curah atas rendaman roti td)
2 biji telur
1 tsp esen vanila
1 tsp serbuk cinnamon
2 tbsp gula halus
3 tbsp butter yg dicairkan
1/2 tsp baking soda
choc chips atau/dan kismis secukup rasa

Cara2:
  1. Koyak2kan roti, letak dlm mangkuk/loyang yg boleh bakar dlm oven. Kalo suka, masa lapiskan roti tu, letak choc chip atau/dan kismis tu kat tgh2 sblm masukkan susu.
  2. Masukkan susu sama paras ngn roti td dan rendam selama 10-20minit.
  3. Masukkn lebihan susu td dlm 1 bekas lain. Kemudian campurkan telur, esen vanila, serbuk cinnamon, gula halus, butter, baking soda dan kacau sehingga sebati.
  4. Bila roti dlm susu td dah kembang, taburkan kismis atau/dan choc chips atas roti tu.
  5. Kemudian tuangkan campuran no.3 ke dlm bekas rendaman roti.
  6. Kalo nk lemak lg, letakkn 2 tbsp butter lembut atas roti sblm bakar. Kalo xnak, skip step 6 ni. Hehe..
  7. Bakar dlm suhu 170-180*C selama 20min atau sehingga garing (kalo suka garing la).
before baked..
after bake..


Bahan2 Kuah kastad:
1 tin susu cair
1 cwn air
2 sudu tepung kastad
2 sudu gula halus
1 tsp esen vanila
1 bj kuning telur

Cara2:
  1. Masukkan semua bahan2 dlm periuk dan panaskan sehingga semua sebati. Sentiasa kacau, jgn sampai berbuih/menggelegak sgt, nnt kastad x cantik.
  2. Dalam bekas lain, masukkn kuning telur dan ambil 3 sudu kuah td, kacaukan sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkn semula ke dlm periuk dan kacau sebati.
  4. Tutup api dan masukkan esen vanila. Kacau sebati lg.
lepas dicurah dgn kuah kastad.. yummy!
sekian..

No comments: