lama x lama, dah berbulan2 x active kat blog ni.. rasa sepi le plak.. huhuh.. slalu teringat nk update tp keje melambak sgt smpai x sempat nk menaip.. kesian.. ahaks..
hari ni saje2 je nk tambah koleksi.. almaklum la org dah kawin.. suka plak nk try main masak2.. jumaat lepas, waktu hubby g solat jumaat, aku try buat muffin coklat.. ajak gak cikatun dan cikyan.. tp diorg smpai, xtvt dah start.. haha.. tp layan je..
sblm tu, dlm 2,3 hari aku search resepi wat muffin.. pastu click & print yg mana aku rasa senang nk buat.. khamis ptg pas blk keje, aku ajak hubby g beli brg keperluan kat jayen.. tp x sumenye ada.. so aku g ke kedai bakery kat area minat.. sgt la excited melampau sbb byk perkakas utk buat kek, kuih muih ada kat situ.. best gler.. rasanya pasni aku nk buat kek atau kuih, mmg aku nk terus g situ je.. hehe.. mudah kan..
ok, seterusnya cerita psl muffin aku la plak.. haha.. so aku bancuh2 & sebijik tiru sukatan dlm resepi tu.. prong prang prong prang la ngn cikatun & cikyan kat dapur.. akhirnya siap la muffin coklat ku.. hehe..
my choc muffin
komen :
1 - tak menggelembung pun mcm muffin kat kedai.. (alasan: badam tu berat sgt.. haha)
2 - ada kerak kat dasar cup.. (alasan: pakai oven baru, so suhu dia still baru nk berjinak2 ngn muffin tu.. oven hadiah drpd geng2 ncs.. haha)
3 - sedap.. (alasan: sbb aku yg buat.. hahahaahhhahaahahah)
sembang2 sambil komen2.. emm.. sedap.. hehe so, kpd sape2 yg nk try, leh amik resepi ni.. hehe.. saje nk share..
Muffin Coklat (copyright from myresipi.com)Bahan-bahan ( 10 biji )
* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
- Antara bahan-bahan yang diperlukan 2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler.
- Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
- Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik (kembang).
- Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
- Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
- Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
- Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
~ s3lamaT m3ncuBa ~