Followers

Ads-to-click

Tuesday, December 17, 2013

Baldu merah bertukar menjadi baldu coklat..

Weekend lepas adik2 aku sibuk soh buat kek.. so google la resepi red velvet.. tp sebab salah tgk resepi, aku tersalah sukatan.. spatutnye merah, terus jd coklat plak.. haha.. meh check resepi ni.. rsnye boleh tahan la..

Resepi from: Chef Obie

Bahan2 utk kek/cup cake:
(kering)
280 g tpg gandum
50 g serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil garam

A
125 g mentega unsulted
260 g gula castor

B
2 biji telur (gred B)

C
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka putih @cuka kurma @ cuka epal
1 sudu besar pewarna merah bright

D
240ml buttermilk
(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.
optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.

Cara2:
  1. Ayak kesemua bahan kering-ketepikan
  2. Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan (C)-pukul hingga sebati
  4. Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  5. Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak. Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Bahan2 utk frosting:
300 gm whipping cream-brand anchor
150 gm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura
100 gm mascarpone cheese
60 gm gula icing
100 gm butter
1tsp lemon paste

Cara2:
  1. Pukul whipping cream hingga kental ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  3. Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  4. Boleh digunakan untuk menghias kek anda.
keratan rentas..
frosting time..
dr 23 pcs tinggal 5 je..

No comments: