Followers

Ads-to-click

Saturday, November 14, 2015

Laksam Kedah Resepi Mak Mertua

Hari ni amik masa cket nk buat laksam kedah resepi mak mertua.. encik hubby dah lama mntk buatkan laksam ni tp kekangan masa.. almaklumla kan.. haha.. alasan je.. so pas buat, saje nk share resepi kot2 sape nk try buat laksam kedah ni.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkn.. cewah..

Bahan2 laksam:
  • 2 cwn tepung beras
  • 2 cwn tepung gandum
  • 5 cwn air suam
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tbsp butter + 3 tbsp minyak masak
Cara2:
  1. Campur semua bahan dan kacau sebati.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sapukan butter+minyak masak atas tutup periuk atau loyang.
  4. Tuang/lengat aduanan nipis2 dia atas tutup periuk atau loyang.
  5. Tutup tudung pengukus dan biarkan seketika.
  6. Bila adunan yg dikukus td nmpk mengelembung sedikit, angkat tutup periuk atau loyang dan gulung menjadi gulungan laksam.
  7. Ulang semula step no. 3.
Bahan2 kuah:
  • 1kg ikan direbus dan diasingkn isi dan tulang. Tulang boleh diblend dan ditapis airnya. Buang tulang, ambil airnya dan ketepikan air rebusan td. Ikan td bleh diramas shj atau blend.
  • 1/2 kg santan. Kalo nk lemak lg, Tambah lg 250g santan.
  • 8 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 10 tangkai lada kering direndam
  • asam keping/gelugur
  • garam secukup rasa
  • daun kesum ikut suka
Cara2:
  1. Blend bawang dan lada kering.
  2. Panaskan periuk dan masukkn semua bahan2.
  3. Kacau slalu supaya santan x berbuih sehingga mengelegak.
  4. Kalo rasa pekat sgt, bleh tambah cket air.
  5. Rasa dah ok, bleh tutup api dah.......
Bahan2 sampingan (ikut suka):
  • kacang panjang dihiris
  • timun dihiris panjang2
  • taugeh (sy x letak sbb hubby x suka)
  • daun kesum diracik halus
  • cili padi/ lada basah merah dihiris
  • lada kering direndam dan diblend tanpa air
  • bawang besar/ merah dihiris
So tadaaaa... nin dia punya laksam Kedah saya...........





1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)