Followers

Ads-to-click

Monday, December 26, 2011

My Husband new hobby ~

hari ni blk dr loqstaq, kami berlaparan menuju ke Tesco sbb nk try nasi briyani kambing kat Restoran al-Arabi.. sygnye, briyani xde.. yg ada pun mandy lamb.. tp x brp nk nice la.. so pusing2 jap kat dlm Tesco.. time aku g ladies room, my hubby masuk pets shop..

pas kuar dr ladies room, hubby gtau tokeh kedai tu xlayan dia.. muka cebik je.. huhu.. pastu aku ajak g sana blk.. aku tanya la, nk carik ape? "hamster!"

hahaha.. aku dah la geli pegang hamster.. kalo tgk je, okla.. tp xpela, sbb dia yg nk jaga, on kan je la.. so we all buy couple of hamster, male and female.. nk bg nama CICI and NINI.. hahaha..

sepanjang perjalanan blk ke rumah, hubby senyum meleretttttt je.. suka le tu.. ekeke..

big cage for two.. pinky!

Cici and Nini (pic blur a bit)
 
makan je..

bath room.. blueberry flavor..
pasni hari2 dia dah ada anak angkat nk kena jaga la.. sbb aku xleh pegang hamster.. muahahaha..

just notes:
  • jgn bg mkn makanan drpd koko sbb haiwan xleh mkn koko
  • jgn campurkan dua spesis hamster dlm satu cage
  • jangka hayat hamster setahun ke dua thn je tp kalo dia beranak, ada la keturunan.. hehe

Sunday, December 25, 2011

BBQ di loqstq

esok cuti Christmas and esok juga kenduri cousin hubby.. adik beradik hubby sume ada kat rumah termasuk kak ngah & family and adik ipar with new baby gurl.. so hubby teringin buat bbq mcm raya puasa hari tu.. alang2 sume dah ada ni, kami buat bbq utk family je as family gathering la kunun-nye.. menu as usual; ayam, udang, crab stick, ikan termenung (peberet mak mertua) ngn sayur (alahai timun & shitake mushroom sbb capsicum kat Giant dah kecut).. persiapan last minit mcm ni la jdnye.. but last not least sume kenyang mlm ni.. burppp.. hehe..
ikan bermenung menung

ayam ku black pepper

udang, crab stick and sesayur

anak menakan (zul islam & afiq)

new baby gurl (raniya gold qalesya)
gambaq makanan lepas siap masak x sempat amik sbb sume kelaparan.. ekeke

Friday, December 23, 2011

IUI - Intra Uterine Insemination

Apa itu IUI?

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus ke dalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan.

Bagaimana IUI dibuat?

IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk dibuat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

 
Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan di rumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat di klinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?

Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas ovulasi?

Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama. Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?

Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan ke dalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah. Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?

Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?

IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi, risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?

Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan. 

Reference:
http://www.metro.com.my/bm/iui.php

Notes: But I don't think I'm ready to do this.. huhuhu

Sharing some Doa ~ remind myself

Al-Fatihah - 1x
Al-Ikhlas - 11x

Allah humma ya Allah..
Ya Allah.. Tunaikanlah hajatku ini..
Kau hadiahkanlah pahala dan kebajikan Fatihah dan surah Al-Ikhlas ini kepada baginda Rasulullah s.a.w, kaum keluarga, dan sahabat baginda..
Juga kepada arwah (sebutkan nama ibu, bapa, datuk, nenek, adik beradik), kaum keluargaku, para ulamak dan tok-tok guru, para shuhada dan ambiya' serta kaum muslimin dan muslimat..

Amin ya rabbal'alamin..