Followers

Ads-to-click

Tuesday, August 17, 2010

Kari Ikan Kembung dan Sayur Campur Suhun

lepas Subuh smlm gerak dr Alor Setar ke Kulim.. ngantuk bangat masa kat opis.. igt malas nk masak smlm sbb ngantuk & rasa letih plak.. tp pas blk keje awal smlm, xdela awal sgt.. pkul 6ptg jgk br smpai umah.. ahaks.. tgk2 peti ais ada ikan kembung yg beli hari tu.. pastu bekerja keras je la masak.. almaklum le, still red flag.. resepi kari ikan ni diubahsuai dgn resepi dr blogger lain & pengalaman sendiri.. hehe.. kalo nk cuba, boleh la.. hubby pun berselera mkn waktu berbuka.. theeeee....

bahan2:
4 ekor ikan Kembung
sayur bendi
1/2 paket kecik serbuk kari ikan
1/2 inci halia ditumbuk/dikisar
4 ulas bawang merah ditumbuk/dikisar
2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
sedikit lada kering yg dah diblend
santan/susu cair
air asam jawa
daun kari
garam

cara2:
  1. Campurkan serbuk kari, lada kering & air. Kacau sehingga larut.
  2. Panaskan minyak masak & bila dah panas, tumis bahan2 yg ditumbuk/dikisar hingga naik bau.
  3. Masukkan campuran td & daun kari ke dalam tumisan.
  4. Kacau sehingga naik bau & pecah minyak.
  5. Masukkan ikan & kacau.
  6. Masukkan bendi, air asam jawa & sedikit air.
  7. Bila mendidih, masukkan santan & kacau supaya santan x berketul.
  8. Masukkan garam secukup rasa & biarkan sehingga ikan masak.
  9. Bila dah masak, sedia utk dihidangkan.
kari ikan kembung..

sedap dihidangkan bersama sayur campur suhun.. so nk buat pun senang..

sayur campur suhun..

bahan2:
2 biji kentang dihiris
1 batang carrot dihiris
sebuku kecil kobis bunga
suhun & tahu kering yg direndam
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ikan maggi (guna ikan bilis pun bleh)
minyak masak
sedikit garam

cara:
  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng kentang yg dihiris hingga kekuningan.
  2. Toskan kentang goreng.
  3. Guna minyak kuali yg sama utk menumis bawang & masukkan sedikit serbuk lada hitam.
  4. Bila dah naik bau, masukkan pati ikan & sedikit air. Kacau seketika.
  5. Masukkan carrot, kobis bunga, suhun, tahu kering, kentang goreng & garam secukup rasa.
  6. Kacau dlm 1,2,3 minit & sedia dihidangkan.
!! simple & nyum nyum !!

5 comments:

curigelap said...

burpppp....

PurPLe LaDy AiFA said...

wahhhh harus harus harus trus petang ni.. mula2 ingat nak buat ikan masak singgang, tgk ayat "hubby pun berselera mkn waktu berbuka.. theeeee...." trus nak try yang ni la.. hehe.

kalo ikan kembung ganti ngan ikan merah kecik2 tu boley gak kan kak ely? yey, semangat! nak pinjam resepi lah ek! =D

june said...

wah dah jadi blog resepi. aku baru plan nak letak juadah berbuka ptg satgi. lgpon camera dah sihat. semangat! amik la gambo guna dslr, buat presentation lawa2 baru la semangat 2x ganda

n0r !Lyan@ said...

eppa: hehe.. buleh je epa.. ikan yg senang dicari.. ape2 ikan pun bleh.. selamat mencuba..

june: patut la blog ko kurang gambo.. ok, letak yg best2 cket.. weekday ni aku kena ot.. so beli kat bazar je la nmpknye..

cik selamah kundang said...

masak kt bazar adalah normal