Followers

Ads-to-click

Monday, December 30, 2013

Snowcap and headband ~

Sbb si husband yg suka2 nk request buat snowcap, so inilah hasilnye..

front..

side..

opps...

Ni la plak headband.. ada model lg.. always want to be a model..



Wednesday, December 25, 2013

Cluster Stitch Bag Crochet ~

My first crochet bag.. tutorial from Youtube.. Simple and easy but small and handy.. sehari je bleh siap..

my masterpiece..

Bubur Lambuk yg Mudah dan Sodap ~

Hari Natal 2013.. Baru blk dr kg.. Malas nk kuar so masak bubur lambuk je sbb hubby x sihat.. Bahan2 pun ada.. so buat je ngn bhn2 yg ada..

Bahan2:
  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air (bleh tambah kalo kering)
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 kiub pati daging lembu
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 cawan daging kisar (atau ikut suka byk mana nk letak)
  • sayur dingin beku (kalo suka)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)

Cara2:
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  2. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah ditumbuk. Masukkan juga kiub daging.
  3. Masukkan pula daging, sayur, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur hampir masak, masukkan santan, garam dan serbuk lada hitam. Masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar jika suka.
sedia dimakan.. keke

Tuesday, December 17, 2013

Birthday present for hubby ~

My first project become present for my beloved husband.. keke..

Beginner need basic crochet book..
kopiah warna purple.. ada ke? haha...
sukanye dia dpt hadiah..

Baldu merah bertukar menjadi baldu coklat..

Weekend lepas adik2 aku sibuk soh buat kek.. so google la resepi red velvet.. tp sebab salah tgk resepi, aku tersalah sukatan.. spatutnye merah, terus jd coklat plak.. haha.. meh check resepi ni.. rsnye boleh tahan la..

Resepi from: Chef Obie

Bahan2 utk kek/cup cake:
(kering)
280 g tpg gandum
50 g serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil garam

A
125 g mentega unsulted
260 g gula castor

B
2 biji telur (gred B)

C
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka putih @cuka kurma @ cuka epal
1 sudu besar pewarna merah bright

D
240ml buttermilk
(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.
optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.

Cara2:
  1. Ayak kesemua bahan kering-ketepikan
  2. Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan (C)-pukul hingga sebati
  4. Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  5. Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak. Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Bahan2 utk frosting:
300 gm whipping cream-brand anchor
150 gm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura
100 gm mascarpone cheese
60 gm gula icing
100 gm butter
1tsp lemon paste

Cara2:
  1. Pukul whipping cream hingga kental ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  3. Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  4. Boleh digunakan untuk menghias kek anda.
keratan rentas..
frosting time..
dr 23 pcs tinggal 5 je..

Crispy Roast Chicken ~

Resepi ni sgt mudah requested by my sister.. Ni resepi ikut suka hati.. Kalo buat ngn hati ikhlas, senyum masa memasak, sedap la nnt.. hehe.. selamat mencuba..

Bahan:
  • 1/4 ekor ayam (kalau besar, cucuk isi ayam dgn garpu supaya bahan perapan bleh meresap ke dlm isi ayam)
  • Minyak zaitun
  • 1 tsp Oregano (guna yg McCormick je)
  • 1 tbs Lemon juice
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • serbuk lada (Cayenne/ Paprika/ empingan lada yg domino punye tu pun boleh. pedas ikut kehendak masing2)
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Semua bahan di atas diperap selama 1/2 jam. Bahan2 di bawah, dipotong ikut suka hati.
  • Kentang
  • Lobak merah (bleh jgk nk letak sayuran2 lain)
Cara nk masak:
  1. Panaskan non-stick pan dgn sedikit minyak zaitun.
  2. Masukkn ayam yg diperap td dan goreng hingga kulit ayam keperang2an. Kita nk kulit ayam ni crispy.
  3. Susun kentang dan lobak dlm bekas (yg boleh masuk dlm oven). Letak ayam yg separuh masak td atas kentang.
  4. Tutup bekas dgn aluminium foil dan bakar dgn suhu 200 darjah C dlm 30min. Dah masak, sedia dihidang.
Tadaaa...

Friday, December 13, 2013

New hobby ~

Now i'm addicted to crochet and knitting. Learning in progress through YouTube and bloggers. Muahahaha..

basic..
suka-suka..

Tuesday, December 10, 2013

Snow Cheese Cake

Resepi surf kat Google.. hehe..

Bahan2:

UNTUK KEK
6 biji telur ayam (2 biji telur dibuang putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong/ tepung blue key superfine/ tepung gandum pun boleh
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanila (x letak pun xpe)

UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (atau 250gm cream cheese)
1/2 tin susu pekat manis
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparutkan)

Cara2:

  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Hasilnye.....

zoom out cket..

Selamat mencuba..